Kalendar Konsert Malaysia Julai 2026: Senarai Penuh Artis Lokal & Antarabangsa yang Bakal Gegarkan KL!

oleh SAR

Kalender JULAI

Kuala Lumpur nampaknya langsung tidak diberi peluang untuk ‘bernafas’! Selesai sahaja separuh pertama tahun ini, bulan Julai 2026 kembali mengganas dengan lambakan jadual konsert yang tersangat padat. Bagi peminat muzik tegar di Malaysia, bulan ini mungkin bakal menjadi bulan paling ‘poket kering’ tetapi dalam masa yang sama, paling memuaskan buat korang semua.

Sebut sahaja apa genre kegemaran korang—sama ada mahu melayan nostalgia rock, sing-along lagu indie lokal, galau berjemaah dengan band seberang, ataupun layan vibe estetik artis antarabangsa—semuanya ada! Pentas-pentas ikonik sekitar ibu kota seperti Zepp KL, Megastar Arena, dan Unifi Arena bakal menjadi saksi ribuan peminat berkumpul demi artis kesayangan mereka. Lebih gila lagi, ada minggu yang menyaksikan pertembungan sehingga tiga ke empat konsert besar serentak pada tarikh yang sama!

4 Julai (Sabtu) – Pertembungan Tiga Penjuru

 Aishah (Megastar Arena)

 Ulasan: Malam penuh vokal bertenaga daripada diva lagenda tanah air. Jangkaan seleksi lagu berhantu seperti Janji Manismu dan Camar Yang Pulang berkumandang dengan susunan muzik simfonik yang memukau.

 M Nasir (Unifi Arena)

 Ulasan: Konsert wajib pergi untuk peminat tegar ‘Sifu’ negara. Persembahan berkonsepkan puitis dan bertenaga tinggi, membawakan karya-karya ikonik yang mencorakkan industri muzik nusantara.

 Ahof (Jio Space)

 Ulasan: Sesuai untuk peminat tegar muzik alternatif. Persembahan intim di Jio Space yang menjanjikan vibe santai tetapi penuh dengan magis tersendiri.

7 Julai (Selasa)

 Vacations (VOX Live)

 Ulasan: Band indie-pop terkenal dari Australia ini bakal membawa peminat melayan lagu-lagu berentak lo-fi dan dreamy seperti Young dan Telephones. Sesuai untuk korang yang nak healing tengah minggu.

10 Julai (Jumaat)

 Soul City: Ruffedge, Lah Ahmad, The Fabulous Cat, Innuendo (Unifi Arena)

 Ulasan: Lubuk peminat tegar R&B dan hip-hop era 90-an dan 2000-an. Gabungan nama-nama besar ini pastinya akan mengimbau kembali zaman kegemalan lagu-lagu harmoni vokal berkumpulan.

11 Julai (Sabtu) – Serangan Band Indonesia

 Peterpan (Idea Live Arena)

 Ulasan: Walaupun kini dikenali sebagai Noah, konsert atas nama ‘Peterpan’ ini pastinya memfokuskan kepada lagu-lagu era kegemilangan awal mereka yang penuh nostalgia. Tiket gerenti laku keras!

 Radja (Stadium Hoki)

 Ulasan: Bersiap sedia untuk sing-along lagu-lagu patah hati rancak seperti Cinderella dan Jujur. Konsert berskala stadium ini menjanjikan tenaga rock melayu yang luar biasa.

 Setia Band/Masdo (Unifi Arena)

 Ulasan: Charly Van Houten bakal kembali membuai perasaan peminat di Malaysia dengan vokal mendayu-dayunya yang sangat unik menerusi untaian lagu hit mereka juga mengiringi mereka diatas satu pentas band yang populqr masakini Masdo yang akan meperdengarkan album terbaharu mereka.

12 Julai (Ahad)

 3 Aura: Jamal Abdillah, Mawi, Ameng (Unifi Arena)

 Ulasan: Gabungan tiga vokal emas merentasi generasi. Dari kehebatan vokal Raja Pop, aura juara cetusan fenomena, hinggalah ke rintihan rock Spring, konsert ini bakal sarat dengan emosi.

15 Julai (Rabu)

 Bad Bad Not Good (Zepp KL)

 Ulasan: Kumpulan instrumental jazz/hip-hop dari Kanada ini bakal memberikan sebuah persembahan yang cukup dinamik, teknikal, dan penuh dengan improvisasi genius di atas pentas.

16 Julai (Khamis)

 The Neighbourhood (Megastar Arena)

 Ulasan: Band alt-pop global yang popular dengan lagu Daddy Issues dan Sweater Weather akhirnya mendarat di KL. Bersiap sedia untuk malam yang penuh dengan estetik visual gelap dan melodi melankolik.

18 Julai (Sabtu) – Malam Pilihan Ramai

 Sid Sriram (Axiata Arena)

 Ulasan: Penyanyi versatil bertaraf antarabangsa ini bakal memukau Axiata Arena sekali lagi dengan lantunan vokal magisnya yang menggabungkan elemen muzik klasik India dan R&B moden.

 Indiescovery: Butterfingers, Bittersweet, Masdo, Bunkface (Zepp KL)

 Ulasan: Konsert lokal paling wajib dihadiri bulan ini! Gabungan empayar grunge, britpop, pop-retro, dan punk-rock tempatan dalam satu malam. Suasana Zepp KL gerenti pecah!

19 Julai (Ahad)

 Fifty Fifty (Zepp KL)

 Ulasan: Demam K-Pop melanda Zepp KL dengan kehadiran kumpulan gadis yang pernah mencetuskan fenomena global lewat lagu hit Cupid. Persembahan yang penuh dengan koreografi comel dan bertenaga.

20 Julai (Isnin)

 Mitski (Zepp KL)

 Ulasan: Ikon indie-rock antarabangsa, Mitski, bakal membawa persembahan teatrikalnya yang penuh emosi mentah ke KL. Konsert yang amat dinantikan oleh komuniti peminat muzik alternatif tempatan.

25 Julai (Sabtu)

 FT Island (Zepp KL)

 Ulasan: Band rock ikonik Korea Selatan (K-Rock) ini kembali untuk menggegarkan peminat setia mereka dengan persembahan instrumen secara langsung dan vokal padu daripada Lee Hong-ki.

26 Julai (Ahad) – Penutup Bulan Penuh Syahdu

 Shreya Ghoshal (Idea Live Arena)

 Ulasan: Ratu vokal Bollywood kembali untuk membuai jiwa peminat dengan lagu-lagu runut bunyi filem Hindi popular. Konsert bertaraf mega yang menjanjikan kualiti vokal yang meremang bulu roma.

 Fabio Asher & Nadhif Basalamah (Megastar Arena)

 Ulasan: Penutup tirai bulan Julai yang penuh dengan sesi ‘healing’ dan air mata. Gabungan dua penyanyi solo lelaki Indonesia yang popular dengan lagu-lagu galau hits seperti Rumah Singgah dan Penjaga Hati.

Korang dah sedia nak ‘war’ tiket? Pastikan rancang bajet dan masa korang dengan betul supaya tak gigit jari nanti! – SAR

Kredit Grafik: FIGVR.SI / Figurasinetworks