KELATE KL 2026: Himpunkan Figura Hebat Pantai Timur,Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur Ogos Ini!

oleh SAR

Dengan barisan figura hebat pantai timur saksikan mereka secara langsung di zeppkl ogos ini.

KUALA LUMPUR – Berita gembira buat semua anak-anak perantauan Kelantan dan pencinta irama muzik Pantai Timur di ibu kota! Buat julung kalinya, satu pementasan mega yang menggabungkan barisan figura hiburan popular kelahiran Kelantan bakal direalisasikan menerusi Konsert Kelate KL 2026: Suaro Kito Jiwa Kito.

Konsert berskala eksklusif yang membawa tema ‘100% Ori Kelate’ ini dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos 2026 bertempat di ruang acara gah, Zepp Kuala Lumpur.

Gabungan Unik Seni, Budaya Dan Nostalgia

Konsert ini dibawakan secara bersama oleh Karl Project dan Natriya, dengan sokongan padu daripada Konsortium Irama. Penganjuran acara ini bertujuan untuk menghimpunkan anak-anak Kelantan di bawah satu bumbung bagi mengubat kerinduan terhadap kampung halaman melalui rangkaian muzik, dialek warisan, dan budaya estetika yang tiada galang gantinya.

Menerusi poster rasmi yang dikeluarkan, konsert ini bakal membariskan barisan artis dan selebriti tersohor Pantai Timur yang mempunyai pengaruh besar, antaranya:

 Fendi Kenali

 Rosalinda

 Den Manjo

 Eda Ezrin

 Man Khan

 Adik Waniey

 Aris Kapilla

Gabungan nama-nama besar ini pastinya menjanjikan sebuah persembahan yang bertenaga, penuh warna-warni, serta sarat dengan nostalgia dikir barat moden dan lagu-lagu hits yang sering menjadi siulan ramai.

Kategori Tiket Menggunakan Nama Unik Loghat Kelantan

Sesuai dengan jiwanya yang beridentitikan negeri Serambi Mekah, pihak penganjur mengambil pendekatan kreatif dengan menamakan setiap zon atau kategori tiket menggunakan frasa loghat Kelantan yang cukup popular.

Tempat duduk bagi konsert ini adalah sangat terhad. Berikut merupakan senarai penuh kategori dan harga tiket yang ditawarkan:

 Abe Ite (Zon Hijau Tua): RM162.00

 Kelik La Weii (Zon Ungu): RM198.00

 Mek In Kelate (Zon Merah): RM292.00

 Bae Soba Bae (Zon Hijau Muda): RM328.00

 Adek Saye Abe Sore (Zon Jingga): RM392.00

 VIP BOX: RM6,032.00 per box (Kapasiti untuk 8 orang: 4 Berdiri, 4 Duduk — Termasuk barangan cenderamata (merchandise) eksklusif serta hidangan makanan & minuman (F&B))

Maklumat Jualan Tiket: Bersedia Untuk ‘Battle’!

Bagi memastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan malam bersejarah ini, jualan tiket rasmi akan mula dibuka kepada umum pada 4 Julai 2026 (Sabtu) tepat jam 1:00 petang.

Peminat boleh membuat pembelian tiket menerusi platform digital rasmi di:

🌐 www.ilassotickets.com

Selain jualan rasmi di laman web, pihak penganjur turut membuka kaunter tempahan awal (early booking) di talian WhatsApp sahaja:

📲 Hotline: +6011-1329 7822

Kepada semua anak-anak perantauan, tetapkan penggera (alarm) telefon bimbit anda sekarang kerana tiket bagi kategori pilihan diramal bakal menjadi rebutan sengit dan habis dalam masa yang singkat. Jangan sekadar mendengar cerita kehebatan Konsert Kelate KL 2026 daripada orang lain, pastikan anda hadir dan menjadi sebahagian daripada saksi kehangatan seni warisan kita! Kelate mari, pakat gi! – SAR